Thursday, January 27, 2011

JIBRIL MENGAJAR NABI NUH AS MEMBUAT BAHTERA

Di saat kaum  Nuh melakukan tipu daya untuk membinasakan Nabi Nuh A.S, maka Allah membinasakan mereka semua. iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkan dari langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dasyat di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh A.S dan selamatlah Nabi Nuh A.S berserta pengikut-pengikutnya yang beriman

Firman Allah S.W.T : 

فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَمَن مَّعَهُ ۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ َ
الشُّعَرَاء-١١٩
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk). (119)  -Al-Syu'ara ayat 119

فَفَتَحۡنَآ أَبۡوَٲبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٍ۬ مُّنۡہَمِرٍ۬ (١١) وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونً۬ا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ۬ قَدۡ قُدِر
القَمَر-(١٢-١١
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. (11) Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (12)  AL-Qamar ayat11-12

Ketika masa azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibril A.S untuk menemui Nabi Nuh A.S untuk mengajar beliau cara-cara menukang kayu, Jibril memberitahu bahawasanya ALLAH S.W.T menyuruh Nabi Nuh A.S membuat sebuah Bahtera.

Firman Allah S.W.T :  ٣٧- هُود

وَٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا وَلَا تُخَـٰطِبۡنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ‌ۚ إِنَّہُم مُّغۡرَقُونَ 
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan) - Al Hud ayat 37

Kemudian Nabi Nuh A.S berkata:</span>"Bagaimana cara membuat bahtera tersebut?

Malaikat Jibril menjawab; "Potonglah 124,000 keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi"</span>

Nabi Nuh A.S berkata; "sesungguhnya aku tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut,"

ALLAH berfirman; " Whai Nuh, tugas memotong papan itu adlah tugas mu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, AKUlah yang akan melakukannya."

Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama,.. maka kelihatan nama Nabi Adam A.S
papan yang kedua adalah syaits A.S, papan yang ketiga nama Nabi Idris A.S, papan yang keempat nama Nabi Nuh A.S dan demikianlah pada kepingan papan yang selesai di potong seterusnya akan tertera lah nama-nama nabi sehinggalah yang ke kepingan yang terakhir tertera Nabi Muhammad S.A.W, sebaga penutup nabi-nabi, penghias orang-orang suci dan penyuluh para wali.
Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh A.S untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku tercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan palu, lalu beliau menyatukan kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang Kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh A.S itu mengejek dan menghinanya sebagaimana Firman Allah S.W.T :٣٨ هُود

وَيَصۡنَعُ ٱلۡفُلۡكَ وَڪُلَّمَا مَرَّ عَلَيۡهِ مَلَأٌ۬ مِّن قَوۡمِهِۦ سَخِرُواْ مِنۡهُ‌ۚ قَالَ إِن تَسۡخَرُواْ مِنَّا فَإِنَّا نَسۡخَرُ مِنكُمۡ كَمَا تَسۡخَرُونَ (٣٨
Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38)-Al-Hud Ayat 38

Itulah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama kekasih-NYA pada kepingan papan itu, maka Allah selamat papan itu dan penumpangnya daripada badai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati orng-orang beriman kecintaan kepad Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan api Neraka

No comments:

Post a Comment