Thursday, March 31, 2011

Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz - Guru, pendidik dan pendakwah yang di sanjungi di semua peringkat umur

Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang”.
(Al-Hujurat, 49 : 12)
Allah berfirman lagi:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
(Al-Ahzab, 33 : 58)
Dan Rasulullah bersabda (antara lain, bermaksud):
“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.”
(Hadith riwayat Abu Daud)
Di dalam setiap ceramah beliau akan meninggalkan satu kesan dalam hati yang boleh merubah diri seseorang itu jika diterima dengan fikiran yang terbuka dengan hati yang ikhlas penuh dengan rasa rendahnya kita sebagai manusia yang masih cetek dalam pengetahuan agama.
Cara pertuturan dengan suara yang cukup baik dari mimiknya dan pergerakan anggota yang tidak keterlaluan. Saya kagum dengan keperibadian ustaz Kazim ini. Beliau bijak menggunakan kaedah dalam menyampaikan ajaran2 islam yang mengikut kesesuaianya.
Setiap apa yang di sampaikan amat mudah di fahami dan di praktikkan.Perlunya ada seorang pendakwah sebegini untuk meninggikan ilmu dan pengetahuan tentang agama islam kepada mereka yang masih cetek pengetahuan.


3 GOLONGAN YANG AWAL AWAL MASUK NERAKA OLEH USTAZ KAZIM

KENIKMATAN SYURGA OLEH USTAZ KAZIM

DARAH HAID OLEH USTAZ KAZIM