Dosa dan azab setiap kali meninggalkan sembahyang
6 AZAB DI DUNIA
1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN
3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.
3 AZAB DI DALAM KUBUR
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar''....Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.
3 AZAB KETIKA BERTEMU ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.
AKIBAT KEPADA SESIAPA YANG MERINGAN-RINGANKAN IBADAH SOLAT.
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.
KITA
diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan
mengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu
mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan
manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).
Berdasarkan
ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. Menunaikan solat 5 waktu dalam sehari semalam boleh
dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada
lima golongan iaitu:
1.
Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu
orang yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya,
batasan dan rukun.
2. Orang yang menjaga waktu, batasan
dan rukun solat serta menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu
tidak memberi makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan
sehingga dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.
3.
Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di
dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia
bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia
pun selalu solat dengan melawan godaan itu.
4. Seseorang
yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak, rukun dan
batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga batasan dan
hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-siakan,
bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat, menyempurnakan
dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan beribadah
kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.
5. Orang yang melaksanakan
solat seperti golongan keempat. Namun, di samping itu, dia mengambil dan
meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla yang selalu melihat
hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan menyaksikan- Nya.
Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya sementara
kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.
Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara langit dan bumi.
Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya.
Sesungguhnya,
golongan 1 akan mendapat seksa
golongan 2 akan dihisab
golongan 3 mendapat keampunan
golongan 4 mendapat pahala dan
golongan 5 didekatkan Allah s.w.t.
Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan
solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi
lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi,
apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya.
Ini
bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan- Nya di dunia
ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.
Perlu kita ingat, azab
paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu
Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.
Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah.Kalau
begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk
menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.
Meninggalkan solat
Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t
bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana
harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima
waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang
rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)
Dalam
ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan memberi
tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha
Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat
11).
No comments:
Post a Comment